BL1M

Mungkin ramai yang telah tahu tentang BL1M atau Bantuan Lesen 1Malaysia yang bermatlamatkan untuk membantu golongan muda memiliki lesen motosikal yang sah disamping memupuk kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina budaya serta etika pemanduan berhemah, produk BL1M adalah bukti pendekatan politik khidmat bakti Pemuda BN melalui SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) di dalam menyelami dan menyelesaikan permasalahan anak-anak muda. Ini adalah suatu produk yang relevan dengan keperluan anak muda dan masyarakat memandangkan lebih 200,000 penunggang motorsikal tidak mempunyai lesen manakan 70 peratus kes kemalangan pula melibatkan kenderaan motorsikal
Disamping itu, peserta program BL1M ini juga akan menikmati penjimatan tunai melalui diskaun hampir 50 peratus berbanding kadar purata yuran lesen B2 di pasaran yang dianggarkan sekitar RM380.

OBJEKTIF BL1M

•Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
•Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
•Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
•Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
•Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Syarat Memohon Bantuan Lesen 1Malaysia – BL1M

1.Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2.Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3.Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4.Sihat tubuh badan
5.Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6.Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
7.Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8.Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9.Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
MyEG 03-7801 8888
10.Tiada cara pintas

Muat Turun Borang BL1M

Borang Penyertaan BL1M
Flyers BL1m
KAEDAH MENGISI MONEY ORDER

Daftar Online BL1m

Kepada sesiapa yang ingin mendaftar secara online anda boleh melawati link ini.
Diperingatkan disini, hanya Pemohon yang BELUM memiliki sebarang jenis lesen memandu sahaja yang layak menyertai program BL1M.

Post By chrisrossell (118 Posts)

Hi.. my name is Chris Salin and also known as Chrisrossell. Actually I’m work in Oil and Gas Industry for almost 10 years as Pipe/Structure Fitter, Welder, Barge/Rig Welder and Welding Inspector . Why so many job title? I’m are free lance worker, so who pay me more i’ll work with them hehe.. Start blogging on 2009 . During free time I’m love to blogging and make money from online. Work part-time as IM and Website designer

Website: → Job Vacancies Review

Connect

Tag:


bl1m gov my | info@bl1m my | BL1M smartphone percuma | lesen 1 malaysia | bantuan lesen 1 malaysia | info@bl1m | bl1m smartphone | brim lesen motosikal | brim lesen memandu | bl1m | brim lesen b2 | bl1mrefund@myeg com my | info bl1m | ataubr1m3@treasury gov my | brim lesen | smartphone bl1m | www bl1m gov com | brim lesen motor | money order bl1m | bl1m gov | brim 1 malaysia lesen |