Rebat RM200 untuk Pembelian Smartphone
Tentu para pembaca semua masih lagi ingat tentang rebat RM200 untuk pembelian smartphone atau telephone pintar kepada belia seperti yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2013 yang lalu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendedahkan bahawa rebat RM200 smartphone tersebut adalah hanya untuk telefon pintar yang berharga di bawah RM500.
Syarat-syarat permohonan Rebat RM200
SKMM telah menyatakan syarat-syarat permohonan berikut dalam laman webnya:
1) Hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur dari 21-30 tahun;
2) Pendapatan bulanan adalah sebanyak RM3,000 dan ke bawah;
3) Model Telefon Pintar (Smartphone) bawah harga RM500;
4) Setiap Belia hanya layak untuk membeli satu telefon pintar;
5) Pelanggan boleh menggunakan jalur lebar mudah alih mereka yang sedia ada atau memohon untuk pakej baru;
Senarai Smartphone yang boleh mendapatkan rebat Rm200
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
Nota:
1) Di atas ialah senarai model smartphone yang dikenakan rebat Rm200 setakat 26 Dis 2012 dan model berkenaan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa
2) Jenama, model dan kuantiti yang ditawarkan mungkin berbeza di kalangan penyedia perkhidmatan.
Program rebat RM200 ini adalah di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 juta yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta golongan belia.
Laman web untuk Memohon Rebat RM200
Kepada belia yang berminat boleh memohon rebat RM200 berkenaan melalui laman web SKMM di alamat https://komunikasibelia.skmm.gov.my/











Terbaik (y)
thanks !
macamane nk daftar secara online….puas suda mencuba…tapi still x dapat
cara nya nak daftar nie amacam nie yaa…..
how to register online ….. but still cannot ….
Takde lagi harga maksimum phone RM500.
shraqs recently posted..iPhone 5, Antara Kelebihan Dan Kekurangan
mcammane nak tau sudah daftar ke belum..sbb da cube ok tp lepas klik daftar system tgh loading permohonan sdang dihantar..hampir 3 jam still loading jer..
Entahlah..sayapun kurang pasti.sbab saya pun tak mendaftar
saya buat senang jer…daftar isi borang print jer…pastu bwa jer kertas yg kte print 2 kat kedai hp…..senang jer kan,,,apa yg xbolehnyer….
Saya try daftar.. permohonan ditolak kerana saya pernah mendafar sebelum sedangkan saya tidak pernah pun mendaftar untuk rebat rm200 ini. Macammana tu.. ada sesiapa yang boleh bantu tak.?
sy nk try daftar,tpi bile klik di butan pakej student dan belia dia kate server down close for 11 p.m to 7 a.m,blih sape2 tolong saya?
Tunggu server dia Ok then nanti apply lg lah bro..
yes,dapat200.00ringgit
hai..nama sy mohd amanah bin habhijullah..sy bekerja sebagai tentera darat…
saya nk tanya,saya dh daftar rebat rm200 tu……mcm mn kite nk tahu pemohonan kite dh lulus……
hai…bagaimana dengan pelajar yang baru habis belajar dan masih menganggur, layak atau tidak ambil rebat tu??kalau layak, guna borang permohonan untuk pelajar ke?
terima kasih
Saya rasa layak.asalkan mengikuti syarat berumur di antara 21-30 thn
haii…nak tanya,saya pelajar sudah habis belajar dan bekerja sementara hingga februari nanti dan akan continue study tak lama lagi so kalau saya mohon,borang permohonan mane saya perlu isi..untuk pkerja atau untuk pelajar??..tq.
belum dapat phone…….
klo isi hari ni msh bleh dpt ke??
mcm mna nk buat ha kalaw kte dh isi tpi xprint. isi lg skli nk print tp ini y keluar “pmhonan anda dtolk, anda didpti prnah mmhon sblum ini.
sya telah mendaftar rebat rm 200,dan telah lulus..xp x print kerana ada mslh print..bagaimana utk pegi borang 2 dan print..
SAMPAI BILA BOLEH MENDAPAT ‘REBATE’?
Harap2x saya dpt..?
How to apply?
Macam mana boleh dap at
<3
macam mane i nak buka balik form yg i dah apply??
good…