Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0
Seperti yang telah di janjikan sebelum ini, bermula 1.11.12 kini borang BR1m 2.0 telah dikeluarkan oleh LHDN.Tapi seblum itu kita lihat syarat syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M 2.0)
Syarat Kelayakan memohon BR1M 2.0
• Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.
• Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
Download Borang BR1M 2.0
Untuk mendaftarkan diri untuk menerima bantuan tersebut disini saya menyediakan 2 option.Option pertama adalah dengan mendaftar BR1M 2.0 secara Online. Manakala option kedua adalah dengan menyerahkan sendiri borang BR1M 2.0 tersebut ke jabatan lembaga hasil.
untuk mendaftar secara online dan download borang BR1M 2.0 sila ke laman web e-BR1M
Pssttt..klik like dulu lah bro..sebelum proceed hehe











cmner sy nk dprkan rebet200 tu?