Festival Okto Permy Mall Miri

MIRI: Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri dengan kerjasama Permymall Miri akan menganjurkan Festival Okto sehingga 4 November depan di pekarangan Permymall Miri, di sini. Festival Okto tersebut telah bermula sejak 15 Oktober lepas itu dilihat satu acara yang mampu menghidupkan Miri sebagai bandar raya pelancongan.

“Pihak penganjur telah mengadakan beberapa program menarik untuk pengunjung dan kita menjangka program ini akan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat,” katanya pada sidang media semalam.

Datuk Bandar Majlis Ban-daraya Miri (MBM) Lawrence Lai berkata,antara aktiviti yang diadakan termasuk Hari Bersama Pelanggan, Bazar Okto, Konsert Mini Nasional FM, Program Kesihatan, aktiviti sukan, dan pelbagai lagi.

festival Okto di Permy Mall Miri

Beliau memberitahu, pelbagai bentuk sukan turut diadakan seperti permainan dart, bola sepak, pingpong lapan warna, memancing, cabutan tiket bertuah dan pertandingan nyanyian.
Pengunjung juga, katanya, akan dihiburkan oleh beberapa artis popular jemputan dari Semenanjung Malaysia seperti Ezad Lazim (Exist), Jimmy (Screen), Asheed (Deb-Gab C) dan Elly (AXL’S).

Pada masa sama, pengunjung akan dihiburkan oleh artis tempatan seperti Norliza Usop, Ricky Anderson Ngalai dan Cohle Chloe (dari program realiti televisyen Astro).
Menurutnya, kira-kira 30 tapak pameran pelbagai agensi kerajaan dan swasta dijangka akan menyertai Hari Bersama Pelanggan selain penyertaan MBM dalam Kempen Miri Go-Green.

Lawrence turut menarik perhatian bahawa Local Agenda 21 MBM akan meneruskan Kempen Miri Go-Green bagi memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar tanpa penggunan plastik dan styrofoam.
“Kita juga akan membuka satu tapak pameran khas untuk kempen Go-Green dengan matlamat asal kita menggalakkan orang awam menggunakan beg mesra alam berbanding beg plastik ketika membeli-belah,” jelasnya.

Menteri Muda Perhubungan dan Sukan, Datuk Lee Kim Shin dijangka menjadi tetamu kehormat seterusnya merasmikan Festival Okto itu nanti

Sumber: Borneo Post

Post By chrisrossell (114 Posts)

Hi.. my name is Chris Salin and also known as Chrisrossell. Actually I’m work in Oil and Gas Industry for almost 10 years as Pipe/Structure Fitter, Welder, Barge/Rig Welder and Welding Inspector . Why so many job title? I’m are free lance worker, so who pay me more i’ll work with them hehe.. Start blogging on 2009 . During free time I’m love to blogging and make money from online. Work part-time as IM and Website designer

Website: → Job Vacancies Review

Connect